Monday, December 22, 2025

Hujung Tahun 2025

 Tak ku sangka. Tahun 2025 ni rupanya Blogger masih ada. Dan aku jugak masih boleh log in 😭

Tengok last post adalah pada tahun 2021. Pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu. Masa tu baru anak satu. Tahun depan dah nak bertambah anak nombor tiga. Pun hero jugak haha. Sesuatu yang dah lama aku angan-angankan. Tak sangka Allah izinkan. Amin.

Nanti aku sambung, nak sambung explore Blogger semula. Nak tukar-tukar template. Nak letak lagu. Hehe.

Thursday, May 13, 2021

Perginya Ayah (Bahagian 1)

 30 Disember 2020, jam 12.30 pagi. Waktu tu aku menyewa di rumah Iskandar Malaysia. Aku terbangun daripada tidur sebab terdengar panggilan telefon. Bila aku tengok pada skrin, terpapar nama adik. Aku dah pelik. Kenapa adik telefon pada waktu sebegini? Sebenarnya aku dah berfirasat. Kalau ada panggilan pada waktu-waktu sebegini, semestinya ada berita yang tidak baik untuk disampaikan ...

“Along, ayah dah takde …” katanya sambal teresak-esak. Aku jadi kelu. Macam tak percaya kejadian yang tiba-tiba ni.

tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku

“Biar betul? Confirm ke ni? Kenapa dengan ayah?” tanya aku lagi. Mak dan adik tiada jawapan yang tepat. Kerana semasa mereka diberitahu, jenazah telah pun berada di hospital. Bermakna mereka tiada di sisi arwah semasa kejadian …

Selepas panggilan tamat, bahu aku merasa amat berat. Berat yang tak pernah aku rasa selama ni. Badan pula jadi lemah. Macam tiada tulang. Sumpah tak tipu. Perasaan yang tak pernah aku rasa selama ni.

Dalam panggilan tadi, aku diberitahu yang Cik Joe (adik mak) dalam perjalanan ke Kuantan dari Segamat. Kemudian aku cuba hubungi dia. Cik Joe beritahu, aku tak perlu gerak terus pagi tu. Tunggu hari cerah dulu sebab tak boleh terus tuntut jenazah. Jenazah masih di hospital kerana perlu dilakukan swab test terlebih dahulu, kemudian barulah diteruskan dengan post mortem. Dalam pada masa yang sama juga aku dah cadang untuk telefon Ijat (pakcik aku) untuk tolong drivekan kami sekeluarga ke sana. Sumpah cakap, waktu tu aku dah tiada kekuatan langsung. Kaki terasa lemah longlai. Badan terasa berat. Allah …

Bersambung ...

Monday, June 1, 2020

1 Jun 2020 - Tiada Tajuk

Assalamualaikum!

Tanggal 1 Jun 2020, merupakan kali pertama aku lawati blog ini semula. Pada mulanya aku ingatkan aku dah lupa email dan password untuk login. Tapi Alhamdulillah rupanya aku masih mengingati kesemuanya, daripada URL hinggalah kepada password.

Post terakhir yang aku buat adalah pada tarikh 29 September 2017, kira kira 2 tahun 8 bulan dan 3 hari dari tarikh hari ini. Wow. Haha.

Dalam tempoh itu terdapat beberapa peristiwa besar dalam hidup aku yang telah berlaku;
  • Berkahwin
  • Mendapat anak lelaki
  • Diterima masuk ke MNC (yang mana aku tak jangkakan langsung, rezeki anak barangkali)
  • Dunia dilanda pandemik COVID-19
  • Renovation rumah juga semakin hampir
Untuk sesetengah peristiwa yang elok, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah Yang Maha Besar. Takkan berlaku sesuatu tanpa izinNya.

InsyaAllah, aku nak cuba aktif semula ber-blogging. Sebab apa? Sebab aku sedar macam ada sebahagian dalam diri aku, jauh di lubuk hati seperti mengaktifkan minat dalam bidang penulisan. Yea, mana tahu? Haha.

Yeah!

Friday, September 29, 2017

Bersyukur

Syukur alhamdulillah, kini dah setahun lebih aku berada dalam alam pekerjaan yang sebenar. Bukan lagi pekerjaan part-time macam masa study dulu, tapi pekerjaan untuk menampung diri dan keluarga.

Dalam tempoh masa ni jugak, aku belajar banyak perkara, terutamanya dari segi kehidupan sekeliling. Kalau dari segi teknikal pekerjaan aku tu tak payah cakap la kan, bukan korang faham pun. Haha.

Wednesday, June 29, 2016

Interview

Okay, kali ni aku nak bercerita mengenai interview. Secara keseluruhannya, dah tiga interview yang aku pergi. Actually aku dah diterima bekerja pada interview pertama, tapi saja teruskan untuk lagi dua interview tu, untuk kutip pengalaman interview dan tengok yang mana offer better. Haha.

Bulan Mei 2016, kalau tak silap masa tu tengah nak finalize projek dan thesis. Cik A hantar kat aku kerja-kerja kosong kat Jobsreet. Seriously, masa tu aku memang tak terfikir langsung untuk cari kerja. Dalam kepala hanyalah nak selesaikan PSM. Kemudian aku terfikir, why not? Kebetulan pulak masa tu rasanya baru lepas How To Got Yourself Employee (HTGYE) program, resume pun dah update, aku pun dengan segera update profile Jobstreet. Lepas dah update, aku pun apply la pada beberapa syarikat.

Tuesday, June 28, 2016

3 Dalam 1

1. Tamat Akhirnya
Alhamdulillah, tanggal 20 Jun 2016 merupakan tarikh terakhir aku bergelar student. Tarikh tu jugak selesailah segala mak bapak submission dan final exam. Tapi yang paling lega adalah bila submit thesis. Yeay!

PSM Thesis

Monday, August 24, 2015

Azam Baru September 2015

Insyaallah kalau takde apa apa halangan, minggu depan bertarikh 1/9/2015 aku akan mula sem baru. Aku akan mula berpraktikal.

Bila dah nak masuk sem baru ni, teringat sem yang sebelum sebelum ni, aku selalu ada letakkan target dan azam. Tapi berbeza untuk sem baru ni, macam lemau sikit. Sampai ke harini baru teringat untuk buat target dan azam.

Thursday, July 2, 2015

Apabila Menjadi Insan Terpilih Untuk Diuji, Bersangka Baiklah Pada Tuhanmu..

Di kala ini, hujan turun dengan lebat. Kesejukan menyelubungi bilik dan tekak begitu menginginkan minuman panas..

Tanggal 15/12/2013 menjadi sejarah buat diri aku. Hampir aku merasakan kepenatannya.. Masyaallah..

Wednesday, July 1, 2015

Another Post

Sebenarnya dari tadi aku rancang nak edit blog. Nak edit layout, background, header, semua-semua la. Tapi leka sangat kepada benda lain, jadinya tertangguh nak buat.

Sambil-sambil tu aku tengok blogroll pada right sidebar. Nampaknya banyak blog yang inactive yang kiranya bolehlah aku tukarkan pada link blog lain. Actually blogroll tu dulu sebenarnya untuk memudahkan blogwalking untuk dapat ramai readers, tapi sekarang tidak lagi. Blogroll tu sebenarnya bagi aku, untuk blog-blog yang aku kenal atau pun rasa bermanfaat. Sekarang bagi aku bukanlah untuk attract readers semata-mata lagi. Tak sangka aku masih ingat term "blogwalking" lol.

Tuesday, May 19, 2015

Minggu Gila

Minggu ni minggu gila. Gila. Gila. Gila. Minggu PSM deadline dan minggu projek subjek subjek lain. Aarghhh.

Dah dua tiga hari aku tak sedap hati, rasa tak gelisah memikirkan PSM. Yelah, sikap buat kerja last minit masih tak dapat lari dari diri ni. Punya la stress, lepas maghrib tadi aku keluar bilik, jalan hujung sana hujung sini.

Aku rasa sunyi sangat. Rasa sorang sorang. Dengan rasa tertekan dan tak sedap hatinya. Yelah sebab aku sorang je kat blok ni, member lain semua kat blok lain. Haha

Tuesday, April 7, 2015

GoPro Hero

GoPro Hero 3+ Black Edition

Sebelum-sebelum ni, aku pernah berdepan dengan orang yang berkata, "untunglah pakai GoPro", "orang kaya boleh la", "masyuk poket pakai GoPro". Haha.

Reaksi aku? Aku senyap sambil tersenyum je. Hehe. Aku nak cerita macam mana aku boleh kena racun dengan GoPro, tapi aku tak berapa ingat, sebab terlalu seronok sebab ada GoPro ni. Hehe.

Aku ingat la masa cuti sem panjang tahun lepas, sekitar Julai hingga Awal September, Masa tu aku kerja part time kat Parkson ECM Kuantan. Masa mula-mula kerja, tak terfikir pun nak beli GoPro, but then macam yang aku cakap, aku tak ingat macam mana boleh kena racun GoPro ni. Lol.

Friday, February 14, 2014

Gembiranya hati ini :D

Alhamdulillah. Segarnya rasa badan lepas minum Smart Coco ni. Terima kasih mak. :)

Emm.. I thought I was strong, but turns out that didn't happen very well. I thought I could just... let things happen as it suppose to be, pretending everything is fine.. but I can't.

I just can't bear this isolated feeling. Yeah, I thought I was strong enough to fight it and bla bla bla, but it just hurt me deeper and deeper.

It didn't just happen once, but twice. God knows how many times this things happen before. Kali pertama aku boleh tahan, tapi kali kedua.. I need to get out. Better hengkorang keluar ramai ramai tanpa pengetahuan aku, dari hengkorang post gambar dalam group dan aku pun tahu hengkorang keluar ramai ramai..

Saturday, November 23, 2013

Rindu

Tiba tiba rasa rindu pada blog. Bukak balik blog, menjengah post lama lama. Ohh rindunya. Kalaulah ada balik mood blogging seperti dulu..

Apapun, kini dah masuk hampir 3 bulan aku meneruskan kehidupan baru di UTM Skudai. Pelbagai tanggapan, pelbagai sangkaan. Aku sangkakan aku seorang yang keseorangan, tapi ada lagi yang lebih keseorangan. Aku sangkakan... macam macam lagi la.

Malam tadi sempat keluar makan bersama Catt dan Aisya. Tujuan sebenar aku ajak diorang makan nak bincangkan hal kecik, tapi sebaliknya yang berlaku..

Teruskan berfikiran positif. Allah kan ada. Yakin pada Allah. Percaya pada Allah. Pegang teguh pada Allah. Kalau kita susah, sebenarnya ada ramai lagi orang lebih susah daripada kita. Yang penting, betulkan niat, kemudian kita berusaha sehabis baik, kemudian berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menentukan segala galanya. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah jauh lebih baik..

Mesti kena selalu ingat, kalau kita buat kerja dengan betul, niat kita untuk tolong orang, Insyaallah pasti ada ganjarannya. Kadang kadang kita lalai, tak sedar pun dengan nikmat yang Allah bagi. Kita boleh bernafas, jiwa tenang, pointer tinggi, belajar senang faham, baik dengan semua orang; bukankah itu semua nikmat Allah?